Menu
SEDEKAH MENINGKATKAN KEBERKATAN REZEKI
Orang beriman tak takut belanja harta mereka bagi meringankan beban golongan memerlukan. KEKAYAAN tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta. Dalam satu kisah, diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan pada lengannya. Baginda menepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman: “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya? Nabi Ayub menjawab, “Ya benar; demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatan-Mu”. Kisah ini menegaskan pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan Allah. Cara mendapatkan keberkatan daripada Allah, antaranya:
Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat, bukan untuk dunia) Amalan diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan). Menurut Nabi SAW, 9/10 (90 peratus) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 saja. Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan jujur, cekap dan amanah. Peniaga amanah akan dibangkitkan bersama nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan adalah amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam. Jika tidak aktiviti ini, seluruh umat Islam akan menanggung dosa. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam hadis, Nabi SAW menerangkan setiap awal pagi, ketika terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, “Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan harta kepada Allah.” Yang satu lagi menyeru, “Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek).” Orang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: “Takutilah api neraka walaupun dengan sebiji tamar.” Dan sabdanya lagi: “Sedekah itu penghapus dosa seperti air memadam api.” Jika dapat diamalkan, rezeki yang dikurniakan Allah akan kekal walaupun sudah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang sudah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi daripada sumber yang kita tidak ketahui. Bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, pelaksanaan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama Muslim. Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di antara hamba sesama hamba. Firman Allah: “Wahai orang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepadamu, sebelum datang hari yang tiada lagi jual beli, tiada lagi persahabatan yang akrab dan tiada lagi syafaat padanya. Dan orang yang kafir itu adalah golongan zalim.” (Surah al-Baqarah, ayat 254)
Kedermawanan Rasulullah di Bulan Ramadhan Rasul kita shallallahu ‘alaihi wa sallam, teladan terbaik bagi kita, beliau adalah orang yang paling dermawan, dan kedermawanan beliau lebih dahsyat lagi di bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل ، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيُدارسه القرآن ، فالرسول الله صلى الله عليه وسلم أجودُ بالخير من الريح المرسَلة “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6) Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan dari Abu Darda’ bahawasanya ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Carilah (keredhaan)ku melalui orang-orang yang lemah di antara kalian. Kerana sesungguhnya kalian diberi rezeki dan ditolong dengan sebab orang-orang yang lemah di antara kalian” Dari Anas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ; "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seorang dalam kesukaran." (HR Bazzar dan Targhib) |
Peminta sedekah
Lazimnya ada dua cara bagaimana mereka akan minta sedekah dan simpati. Cara pertama, mereka akan duduk di satu tempat sahaja dan mengharapkan orang yang lalu lalang untuk beri sedikit wang kepada mereka. Dengan berbekalkan bekas dihadapan mereka, peminta sedekah ini akan meminta orang yang lalu lalang tu untuk masukkan duit ke dalam bekas yang disediakan. Cara kedua, adalah peminta sedekah dalam kategori yang akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Tempat sasaran adalah di kawasan-kawasan yang ada ramai orang dan tempat tumpuan. Biasanya di kedai-kedai makan ataupun di restoran. Ada ketikanya rumah ibadat seperti masjid pun dijadikan sasaran untuk para peminta sedekah meminta simpati. Orang yang meminta sumbangan Individu seperti ini, memohon sumbangan kerana mereka ada satu misi yang nak dicapai. Misi tersebut selalunya adalah suatu misi yang besar dan memerlukan belanja yang mahal. Sebagai contoh, mereka ingin bina masjid, surau, sekolah tahfiz dan sebagainya. Disebabkan mereka tak mempunyai sumber pendapatan dan bantuan kewangan, jadi sebagai opsyen mereka meminta sumbangan daripada orang ramai. Orang yang minta sponsor/ tajaan Individu seperti ini, meminta sponsor bukanlah sebab mereka tak ada duit langsung, sebaliknya mereka ada duit TETAPI duit yang mereka ada masih belum cukup. Contohnya, nak sambung belajar, tapi duit tak mencukupi. Jadi perlu dapatkan tajaan. Ataupun, nak buat program atau event yang besar, tetapi masih tak cukup dana. Untuk mencukupkan dana supaya event yang lebih gah dapat dijalankan, maka jalannya adalah dengan meminta tajaan. Selalunya, sebagai timbal balik, syarikat atau orang perseorangan yang beri tajaan akan dapat balasan seperti nama mereka disebut-sebut semasa program atau event dijalankan. Orang yang minta derma Derma ikhlas untuk kegunaan rumah orang-orang tua, rumah perlindungan, rumah anak-anak yatim dan sebagainya. Pengalaman saya, sejak akhir-akhir ni saya kerap jumpa orang-orang yang kutip derma mewakili rumah anak-anak yatim sekian sekian atau rumah orang-orang tua sekian sekian. Mereka akan berkumpul sama ada di shopping complex, petrol pump ataupun di restoran-restoran. "Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan satu tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji."
Petua Murah Rezeki
Hidup di dunia yang fana ini penuh dengan ujian dan dugaan.Ujian kekayaan,kemiskinan,kesusahan,kesakitan,kejayaan,kegagalan kekecewaan dan sebagainya.Salah satu yang dialami oleh ramai orang ialah kesempitan dan kepayahan hidup.Salah satu cara untuk keluar dari permasalahan tersebut yang telah dianjurkan oleh Islam ialah dengan Bersedekah.Amat banyak rahsia dan kelebihan Bersedekah yang telah ALLAH SWT sediakan. Rasullah s.a.w bersabda "Tidaklah sedekah itu mengurangi harta,tidaklah ALLAH menambah bagi seorang hamba yang memberi kemaafan melainkan kemuliaan,dan tidaklah seorang merendah diri kerana ALLAH melainkan Dia mengangkatNya.(H.r Muslim) ALLAH SWT berfirman قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya. Saba 'ayat39 Antara kelebihan dan keajaiban sedekah;-
Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.
Saya membina LAMAN WEB ini untuk perkongsian ilmu atau apa sahaja yang baik dengan harapan boleh memberi manfaat kepada pembaca.
Jika tiada ramai pengunjungpun, insyaALLAH akan ada keberkatannya disisi ALLAH kerana keperihatian pihak tuan/puan menyantuni golongan orang yang lemah. |
Menjemput Rezeki dengan Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a. Sedekah digandakan 700 kali ganda. Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang mudah: Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261) Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah. “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18) Rezeki dimurahkan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3) Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.”(Hadis riwayat Ibnu Majah) Kisah Sedekah Saidina Ali dengan Malaikat Sebaik pulang dari rumah Nabi Muhammad s.a.w., Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?" . Fatimah menjawab: "Demi Allah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman al-Farisi sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk anak kita Hassan dan Husain." Saidina Ali berkata: "Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan." Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Saidina Ali keluar lagi bagi membeli makanan. Di tengah jalan, Saidina Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: "Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan yang selalu menepati janji?" Tanpa berfikir panjang, saidina Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham kepada lelaki itu. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis. Saidina Ali pun bertanya: "Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?" "Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa," kata Fatimah. Ali menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah." Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu." Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi Muhammad s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata: "Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini." Ali berkata: "Saya tidak mempunyai wang." "Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa," kata Badwi itu. "Berapa harganya?" tanya Ali, menunjukkan minat. "Tidak mahal, 100 dirham sahaja," jawab Badwi itu. "Baiklah, saya beli," kata Saidina Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta. Baru beberapa langkah Saidina Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?" "Ya," jawab Saidina Ali. "Berapa?" Tanya Badwi itu. "300 dirham," jawab Ali. "Baiklah saya beli," kata Badwi itu dan terus memberikan wang 300 dirham kepada Saidina Ali. Saidina Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: "Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?" "Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham," jawab saidina Ali. Seterusnya, Saidina Ali pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w. di masjid. Melihat Saidina Ali sampai di masjid, Nabi s.a.w. tersenyum dan berkata: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?" "Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah," kataSaidina Ali. "Wahai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?" Ali menggeleng: "Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu." Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan: "Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham. "Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail." 'semoga kita dapat melakukan ibadah sedekah dengan ikhlas dan tidak melengahkannya,yakinlah bahawa Allah SWT melihat dan akan memberi sesuatu yang melebihi harapan kita semua.Isilah perut golongan fakir miskin,tanggunglah kehidupan anak-anak yatim,berikanlah wakaf untuk kebaikan atau derma sedekah jariah.' Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, yaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala, sebagaimana hadits: |